BANK Negara Malaysia. FOTO Arkib NSTP
BANK Negara Malaysia. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

BANK Negara Malaysia (BNM) nafi melantik pihak lain untuk tujuan memproses permohonan penangguhan pembayaran balik pinjaman.

BNM menerusi ciapan di Twitter memberitahu pihaknya tidak melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk tujuan berkenaan.

“Sila berurusan hanya dengan bank anda.

“Tidak perlu hadir ke bank. Pihak bank akan menguruskannya,” katanya.

Terdahulu, BNM membenarkan pelanggan perbankan termasuk individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan.

Ia langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan susulan penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 2:07 PM
    Digital NSTP Subscribe