GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Raja Noraina Raja Rahim


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seramai 17 anggota diletakkan di bawah pengawasan (PUS) akibat penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah itu membabitkan anggota di Selangor.

“Setakat ini, kita tidak mendapat maklumat ada pegawai atau anggota di Selangor positif Covid-19. Cuma 17 anggota diletakkan di bawah PUS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, sekiranya ada kes positif membabitkan pegawai dan anggota JBPM, pihaknya akan segera melakukan pembersihan dan nyahkuman di balai bomba berkenaan.

“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat proses dekontaminasi, pembersihan dan pengaliran.

“Ia hanya memakan masa satu hingga dua jam sahaja bergantung kepada kompleksiti pendedahan dan saiz bangunan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 2:38 PM
    Digital NSTP Subscribe