GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim
GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim
Zuliaty Zulkiffli


SEJUMLAH 18 penipuan membabitkan pembelian penutup mulut dan hidung direkodkan di Alor Setar dalam tempoh dua minggu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada mangsa sejak penularan wabak Covid-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu.

Katanya, kebanyakan mangsa adalah individu dan agensi kerajaan serta syarikat.

“Siasatan awal mendapati modus operandi ini sindiket ini adalah menawarkan jualan penutup mulut dan hidung di media sosial hingga mendorong orang ramai membeli.

“Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran menerusi akaun bank diberi, mangsa tidak menerima barangan berkenaan dan membuat laporan kerana ditipu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hari ini.

Mohd Rozi berkata, pihaknya sedang mengesan dalang sindiket dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika membuat pembelian penutup mulut dan hidung, dan hanya membeli daripada pihak dipercayai,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 4:42 PM
    Kabinet Malaysia 2020