DATUK Seri Hamzah Zainuddin. FOTO Bernama
DATUK Seri Hamzah Zainuddin. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, sehubungan itu segala tugas Setiausaha Agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Adalah dimaklumkan saya bersetuju melantik Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baharu bagi menggantikan Senator Datuk Marzuki Yahya yang diberhentikan pada 18 Mac lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Senator Datuk Marzuki Yahya atas khidmat beliau sebagai Setiausaha Agung.

Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 5:27 PM
Digital NSTP Subscribe