PASAR Chow Kit. FOTO Mohd Yusni Ariffin
PASAR Chow Kit. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Nurul Hidayah Bahaudin


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap pengunjung di Pasar Jalan Raja Bot atau dikenali juga sebagai Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur akan diperketatkan bermula esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, beberapa jalan menuju ke pasar berkenaan juga akan ditutup bagi mengawal aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Antara jalan yang akan ditutup adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Abdullah sehingga Jalan Raja Alang, Jalan Raja Abdullah sehingga Jalan Raja Bot, Lorong Raja Bot, Lorong Haji Hussein dan Lorong Haji Hussein 1.

“Laluan masuk ke pasar adalah melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan laluan keluar adalah melalui Jalan Raja Alang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengingatkan orang awam bahawa hanya seorang ahli keluarga sahaja dibenarkan membeli barang keperluan di pasar.

“Semua pengunjung juga perlu menjaga jarak sosial satu meter, kerap membasuh tangan serta dinasihatkan memakai penutup hidung dan muka.

“Sila patuhi arahan PKP dan kekalkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 5:54 PM
    Digital NSTP Subscribe