GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP


SERAMAI 29 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang bersetuju memotong 10 peratus elaun selama tiga bulan bermula April ini.

Dalam kenyataan bersama Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN- Sungai Lembing, Rosli Abdul Jabar (PAS-Tanjung Lumpur) dan Lee Chin Chen (DAP- Bilut), mereka menjelaskan semua ADUN yang membuat potongan elaun ialah 14 wakil Barisan Nasional, PAS (lapan) dan DAP (tujuh).

“Dua wakil PKR tidak membuat potongan elaun tetapi mereka membantu rakyat dengan cara lain.

“Menteri Besar dan 10 Ahli yang menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sudah mengisytiharkan potongan gaji selama tiga bulan bermula April ini, semalam.

“Usaha ini ialah manifestasi empati dan solidariti ADUN Pahang terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Adalah diharapkan supaya usaha ini mampu meringankan beban rakyat dan menyemarakkan lagi sumbangan pelbagai pihak lain bagi Tabung Covid-19 Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama 10 EXCO Pahang bersetuju memotong 10 peratus gaji selama tiga bulan bermula April ini.

Keputusan pemotongan gaji itu dibuat selepas Wan Rosdy mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang, semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 6:11 PM