Nor Farhani Che Ad


BIARPUN arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut orang ramai supaya sentiasa berada di rumah, ia juga bukan halangan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Berikutan itu juga penghuni kuarters Polis Trafik Kulim mengadakan aktiviti membaca Yassin beramai-ramai yang bermula semalam.

Namun, kelainan sesi itu apabila ia dibacakan di balkoni rumah masing-masing secara serentak, selepas solat Maghrib.

PENGHUNI kuarters Polis Trafik Kulim membaca Yassin di balkoni rumah. FOTO Ihsan Sarjan Mohd Nazri Osman.
PENGHUNI kuarters Polis Trafik Kulim membaca Yassin di balkoni rumah. FOTO Ihsan Sarjan Mohd Nazri Osman.

Pengerusi penghuni kuarters itu, Sarjan Mohd Nazri Osman, 49, berkata, idea itu timbul selepas mereka bimbang dengan penularan wabak Covid-19 dan isterinya, Rosyati Rosidan, 47, mencadangkan aktiviti itu.

“Apabila kerajaan mengumumkan PKP dilanjutkan, isteri terfikir untuk mengajak penghuni kuarters membaca surah Yassin bersama-sama dan kami berbincang dalam grup WhatsApp dan sepakat mengadakannya di balkoni rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nazri berkata, mereka merancang melakukan aktiviti itu bersama pada setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Katanya, aktiviti itu juga dapat mengisi masa lapang isteri dan anak anggota yang berada di rumah sekali gus sama-sama berdoa untuk mengekang penularan Covid-19.

Sejak semalam, video bacaan Yassin penghuni kuarters itu mendapat perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 7:07 PM
    PENGHUNI kuarters Polis Trafik Kulim membaca Yassin di balkoni rumah. FOTO Ihsan Sarjan Mohd Nazri Osman.
    PENGHUNI kuarters Polis Trafik Kulim membaca Yassin di balkoni rumah. FOTO Ihsan Sarjan Mohd Nazri Osman.
    Digital NSTP Subscribe