NAIB Canselor UKM Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor (kiri) mencuba cecair basmi kuman ciptaan UKM.
NAIB Canselor UKM Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor (kiri) mencuba cecair basmi kuman ciptaan UKM.
Raja Noraina Raja Rahim


UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) menghasilkan cecair basmi kuman sendiri untuk kegunaan warga kampus.

Pengarah Pusat Kesihatan UKM (PKU) Dr Mohd Azman Abas berkata, inisiatif itu dilakukan berikutan cecair berkenaan sukar diperoleh di pasaran.

“Bancuhan pencuci tangan itu menggunakan 99 peratus alkohol dan kemudian dicairkan menjadi 70 peratus.

“Kita mendapat bahan mentah dari stor farmasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Larutan bahan itu disediakan di HCTM sebelum dibotolkan di PKU.

“Ia kemudian diedarkan secara percuma kepada semua Pusat Tanggungjawab dan kolej kediaman untuk kegunaan warga kampus. Jika habis digunakan, botolnya boleh dikembalikan untuk diisi semula,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Azman berkata, UKM turut menubuhkan bilik gerakan Covid-19 yang terletak di Unit Kecemasan PKU.

“Bilik gerakan itu dijadikan pusat sehenti iaitu semua gerak kerja dan carta alir kerja dalam kampus yang mempunyai kaitan dengan Covid-19 akan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, bilik gerakan itu juga menjadi rujukan dan pengumpulan maklumat berkaitan Covid-19 seperti statistik pelajar yang berada dalam kampus mengikut kolej kediaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyediakan penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan cecair basmi kuman serta lain-lain keperluan bagi petugas keselamatan, petugas kolej dan kesihatan yang diedarkan secara harian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 7:38 PM
    Digital NSTP Subscribe