X
BERNAMA

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan interaksi bersemuka, termasuk perkhidmatan kaunter dan sebarang pengeluaran kali pertama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan hari ini KWSP berkata pihaknya menggalakkan semua ahli dan majikan memberikan maklum balas yang positif kepada gesaan kerajaan terhadap amalan jarakan sosial aktif.

”Kita melaksanakan inisiatif ini bagi membantu menghalang penularan jangkitan COVID-19 dan menghindari orang ramai dari ancaman berbahaya.

“Semua ahli dan majikan digalakkan duduk di rumah semasa tempoh PKP ini, kita semua terlibat dengannya, dan kita akan berjaya mengharunginya bersama dan muncul sebagai sebuah negara Malaysia yang lebih teguh,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan umum, orang ramai boleh menghantar emel ke alamat https://uqr.to/kwsp/enquiry, manakala bagi sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Lestari, orang ramai boleh menghantar emel ke alamat [email protected] dan penghantaran bagi mengekalkan 11 peratus sumbangan pekerja boleh dibuat ke alamat emel [email protected].

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 8:12 PM