X
KEADAAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang lengang, kelmarin. FOTO Bernama
KEADAAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang lengang, kelmarin. FOTO Bernama
BERNAMA

PELANCONG Perancis yang dilaporkan terkandas di Malaysia dijadual berlepas pulang malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kedutaan Perancis di Malaysia dalam Facebooknya berkata, warga Perancis di Malaysia akan dibawa pulang menerusi penerbangan khas yang diatur pihak berkuasa Perancis.

“Pesawat akan berlepas ke Paris, Perancis pada jam 8.10 malam ini (26 Mac),” katanya dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, kedutaan itu tidak mendedahkan jumlah pelancong terbabit dan sejak bila mereka berada di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 hingga 31 Mac dilanjutkan sehingga 14 April.

Langkah pencegahan itu bagi mengurangkan rantaian jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 8:49 PM
    Digital NSTP Subscribe