MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas penyelarasan Musaadah Covid-19 bersama wakil agensi agama di Putrajaya, semalam. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas penyelarasan Musaadah Covid-19 bersama wakil agensi agama di Putrajaya, semalam. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Raja Noraina Raja Rahim


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memimpin solat hajat hindari Covid-19 di Surau Rahmatan Lil Alamin di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Lumpur, hari ini.

Solat hajat yang dilakukan selepas solat Zuhur itu hanya disertai enam jemaah bagi mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut Dr Zulkifli, solat hajat itu dilakukan bagi memohon doa kepada Allah SWT supaya dihindari daripada jangkitan Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Solat hajat dilakukan supaya Allah SWT mengangkat bala dan musibah ini (Covid-19) serta menjadikan negara kita penuh kemakmuran.

“Rakyat juga boleh hidup dengan aman dan tenang,” katanya ketika ditemubual di TV Al-Hijrah yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Terdahulu, seluruh umat Islam di Malaysia disarankan untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara, hari ini.

Solat Hajat boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya.

Yang di-Pertuan Agong menitahkan kepada beliau supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 2:27 PM