POLIS menahan tokan dadah disyaki cuba mengedar dadah ketika tempoh PKP. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman
POLIS menahan tokan dadah disyaki cuba mengedar dadah ketika tempoh PKP. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman
Dziyaul Afnan Abdul Rahman

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki mengedar dadah dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Beseri di Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim, berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan di sekatan jalan raya ketika menunggang motosikal pada 9.15 malam.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek membawa 13.07 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,900 yang disimpan di dalam enam bungkusan plastik ditemui dalam poket seluarnya.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Siasatan awal mendapati, dia yang ketagihan syabu sering mendapat bekalan daripada pegedar dadah lain sekitar Jejawi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Halim berkata, suspek direman tiga hari mulai hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 12:17 PM