Amir Abd Hamid


LEBIH 20 kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tiba di Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, ibu negara jam 1.50 petang hari ini.

Mereka hadir bagi membuat saringan Covid-19 terhadap penghuni di situ yang diarahkan jalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

PKPD dilaksanakan berikutan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pengesahan 17 kes positif Covid-19 di menara itu dan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menara itu mempunyai 3,200 penghuni yang menginap di 502 unit kondominium serta premis perniagaan.

KAKITANGAN KKM sedang membuat saringan di PKPD Menara City One. FOTO NSTP
KAKITANGAN KKM sedang membuat saringan di PKPD Menara City One. FOTO NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 2:46 PM