PASUKAN penyelidik UTHM berjaya menghasilkan kotak intubasi untuk kegunaan petugas keselamatan merawat pesakit Covid-19. FOTO Ihsan UTHM
PASUKAN penyelidik UTHM berjaya menghasilkan kotak intubasi untuk kegunaan petugas keselamatan merawat pesakit Covid-19. FOTO Ihsan UTHM
Essa Abu Yamin

PASUKAN Solusi Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menghasilkan kotak intubasi untuk kegunaan petugas keselamatan merawat pesakit Covid-19 dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kumpulan berkenaan menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan pasukan barisan hadapan ini.

Ketua Projek Kotak Intubasi Dr Wan Saiful-Islam Wan Salim berkata, proses melakukan intubasi pesakit Covid-19 memerlukan petugas perubatan berada rapat dengan pesakit dan ia mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan.

“Kami cuba membantu dengan memberikan cadangan penyelesaian kepada pihak hospital melalui penghasilan kotak intubasi ini.

“Ia membantu melindungi petugas daripada percikan seperti air liur, batuk dan bersin pesakit,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kotak intubasi berkenaan sudah diuji untuk digunakan.

“Wakil pasukan sudah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang semalam dengan membawa seunit prototaipnya.

“Prototaip kemudiannya diuji oleh pihak hospital dan selepas mendapat maklum balas berkaitan penambahbaikan, ia akan terus dibangunkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 6:29 PM