PERBADANAN Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mengedarkann sumbangan ke pejabat dan rumah ke rumah kepada lebih 50 pengamal media Perak. FOTO Ihsan PPPNP
PERBADANAN Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mengedarkann sumbangan ke pejabat dan rumah ke rumah kepada lebih 50 pengamal media Perak. FOTO Ihsan PPPNP
Balqis Jazimah Zahari

PERBADANAN Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menyerahkan bantuan makanan kepada pengamal media di Perak yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Yahani Yahya berkata, bantuan yang diberikan sebagai menghargai sumbangan mereka menyebarkan maklumat sahih kepada rakyat.

“Dalam tempoh PKP dikuat kuasakan bagi menangani penularan wabak Covid-19, PPPNP tidak ketinggalan memberi bantuan kepada pengamal media di negeri ini.

ANTARA pengamal media yang menerima sumbangan dari PPPNP. FOTO Ihsan PPPNP
ANTARA pengamal media yang menerima sumbangan dari PPPNP. FOTO Ihsan PPPNP

“Melalui Unit Polis Bantuan PPPNP, kita menyerahkan kesemua sumbangan berupa bekalan makanan termasuk cecair pembasmi kuman,” katanya.

Katanya, dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu, PPPNP turut membantu membeli produk usahawan di negeri ini sebagai tanda sokongan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 7:48 PM