FARAH Faridah (Kanan) menyerahkan 600 diy face shield kepada petugas HSA. FOTO Ihsan Pertubuhan Ihsan Johor
FARAH Faridah (Kanan) menyerahkan 600 diy face shield kepada petugas HSA. FOTO Ihsan Pertubuhan Ihsan Johor


PERTUBUHAN Ihsan Johor (PIJ) menghasilkan pelindung muka (face shield) untuk disumbangkan kepada petugas kesihatan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farah Faridah Baptist berkata, pertubuhan itu memulakan kempen membuat peralatan itu sejak 25 Mac hingga 8 April.

Katanya, pelindung muka itu dibuat oleh sukarelawan dengan menggunakan bahan sendiri dan di rumah masing-masing.

“Seramai 12 sukarelawan yang memanfaatkan masa di rumah mereka sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghasilkan peralatan itu.

SEBAHAGIAN sukarelawan membuat face shield di rumah masing-masing. FOTO Ihsan Pertubuhan Ihsan Johor
SEBAHAGIAN sukarelawan membuat face shield di rumah masing-masing. FOTO Ihsan Pertubuhan Ihsan Johor

“Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya menghasilkan 800 pelindung muka dan diserahkan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Serahan pertama sebanyak 200 unit diserahkan kepada HSA pada 30 Mac lalu. Manakala 600 lagi diserahkan, semalam,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pihaknya mensasarkan lebih banyak pelindung muka dihasilkan untuk disumbangkan kepada beberapa hospital di negeri ini.

Katanya, kos untuk satu pelindung muka buatan sendiri hanya RM1, ia lebih murah jika hendak dibandingkan membeli kerana harganya boleh mencecah RM6 hingga RM15.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 11:47 AM