GAMBAR hiasan. FOTO Saifullizan Tamadi
GAMBAR hiasan. FOTO Saifullizan Tamadi
Muhaamad Hafis Nawawi


SERAMAI 378 orang menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kelmarin.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima pesalah yang melanggar PKP seramai 378 orang.

“Pihak jabatan juga maklum mengenai kenyataan yang ditularkan di dalam aplikasi WhatsApp dan beranggapan bahawa kenyataan itu adalah bertujuan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada pihak luar terutama keluarga agar sentiasa memantau pergerakan semasa PKP dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan peringatan daripada wadar penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.

Sehubungan itu, orang ramai dirayu menjaga anak mereka supaya tidak menjadi penghuni penjara.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 6:38 PM