SULAIMAN menyampaikan sumbangan kepada pengayuh beca sambil diperhatikan Zairi (kiri). FOTO Amir Mamat
SULAIMAN menyampaikan sumbangan kepada pengayuh beca sambil diperhatikan Zairi (kiri). FOTO Amir Mamat


KERAJAAN Melaka menyalurkan RM600 secara one off kepada 373 pengayuh beca menerusi peruntukan Kementerian Kewangan.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan RM223,800 yang diluluskan kementerian terbabit adalah insentif Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri bermula pada 24 Mac lalu dan Tabung Amanah Pelancongan Negeri pada 25 Mac lalu.

“Seramai 80 pengayuh yang berjaya dihubungi mempunyai akaun bank dan penyaluran bayaran melalui dalam talian bermula secara berperingkat pada 27 Mac lalu manakala penyerahan cek kepada 291 lagi bermula hari ini dan esok,” katanya.

Sulaiman berkata demikian selepas menyerahkan cek terbabit di Dewan Auditorium Perbadanan Muzium Melaka di Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Zairi Suboh.

Sementara itu, BPP sudah memulakan gerak kerja penyemakan dan pendaftaran penyaluran bayaran di pejabat BPP di Kota Cemerlang, Ayer Keroh pada 26 Mac lalu.

Melaka adalah negeri pertama melaksanakan pembayaran insentif kepada golongan pengayuh beca.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 7:28 PM