LORI dinaiki tiga mangsa yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 405.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor, hari ini.
LORI dinaiki tiga mangsa yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 405.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin dan Md Fuzi Abd Lateh

PEMANDU dan dua kelindan lori cedera selepas kenderaan itu terbabas ke dalam gaung di Kilometer 405.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Arshad Kamarudin berkata, kemalangan itu berlaku ketika lori berkenaan yang tidak membawa muatan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Ipoh, Perak jam 4.40 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan akibat hujan lebat lalu terbabas ke dalam gaung di sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu, Abdul Aziz Abdul Nasir, 33, cedera di bahagian bahu dan kepala, manakala kelindan, Mohd Zaidi Ismail, 38, mengalami patah bahu dan kaki kiri dan Mohd Hailmi, 39, hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Arshad berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Slim River, Perak untuk menerima rawatan.

“Kemalangan itu menyebabkan keseluruhan lori berkenaan rosak. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 8:26 PM