GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Hazira Ahmad Zaidi


MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meminta supaya rakyat di seluruh negeri itu membaca zikir dan munajat selepas menunaikan solat fardu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkifle Ab Rahman berkata, perkara itu sudah mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sebagai ketua agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, semua rakyat diminta membaca zikir dan munajat untuk memohon kepada Allah SWT agar dilindungi dan dipelihara daripada musibah wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negeri ini.

“Sehubungan dengan itu, kami meminta kerjasama supaya membaca zikir-zikir itu selepas solat fardu Subuh dan Asar serta solat fardu Maghrib dan Isyak,” katanya dalam satu kenyataan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 11:01 PM