ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama
Amir Abd Hamid


SERAMAI 40,000 individu boleh ditempatkan serentak di 90 pusat kuarantin seluruh negara bagi kes pandemik Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, persediaan bagi kapasiti itu adalah lebih daripada mencukupi bagi menghadapi virus itu di negara ini.

Beliau dalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata, setakat ini penggunaan pusat kuarantin di seluruh negara adalah membabitkan 4,933 pesakit.

“Seramai 1,188 rakyat dikuarantin di seluruh negara semalam dengan 711 daripadanya adalah yang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mengenai rakyat Sabah atau Sarawak yang pulang dari luar negara, sebelum ini kerajaan maklumkan mereka perlu jalani kuarantin di negeri masing-masing.

“Tetapi bagi yang tiada tiket terus pulang dan perlu transit di KLIA, maka mereka dimestikan jalani kuarantin sama ada di Kuala Lumpur atau di Selangor,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 2:50 PM