GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Amanina Suhaini


SERAMAI 792 individu di seluruh negeri ini ditahan susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepanjang semalam, pihaknya menahan 59 individu berusia 17 hingga 43 tahun.

“Sehingga kini, 189 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan hari ini.

Katanya, pada fasa kedua PKP, pihaknya akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu ingkar.

“Sehubungan itu, kami mohon kerjasama semua pihak untuk sentiasa berada di rumah,” katanya.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 3:24 PM