X
BERNAMA

VAKSIN untuk Covid-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun dan kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih meneliti beberapa sebatian dan melakukan penyelidikan untuk membangunkan vaksin penyakit ini.

“Maka, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun atau setahun setengah sebelum kami memperoleh vaksin itu di pasaran.

“Penyelidikan masih lagi berjalan dan diharap dengan melakukan penyelidikan, kami akan memperoleh vaksin secepat mungkin,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 8:23 PM