KHEMAH dijadikan sebagai pos kawalan sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Buloh ranap akibat hujan lebat dan ribut, semalam.
KHEMAH dijadikan sebagai pos kawalan sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Buloh ranap akibat hujan lebat dan ribut, semalam.
Nurul Hidayah Bahaudin


SEKATAN jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Sungai Buloh, di sini, tergendala seketika apabila khemah dijadikan sebagai pos kawalan anggota bertugas di lokasi berkenaan ranap akibat kejadian hujan lebat serta ribut, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 5 petang.

"Hujan ribut serta angin kencang di lokasi berkenaan menyebabkan khemah terbabit ranap.

"Ketika kejadian, ada empat anggota polis dan tiga anggota tentera sedang bertugas di lokasi terbabit. Namun, mereka tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan kerja-kerja baik pulih pos kawalan di lokasi sekatan jalan raya berkenaan.

"Sekatan jalan raya di lokasi itu tetap akan diteruskan sebaik kerja baik pulih selesai," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 8:29 PM