DATA yang dikongsi laman web berkenaan. FOTO Ihsan pembaca
DATA yang dikongsi laman web berkenaan. FOTO Ihsan pembaca
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


"SETAKAT ini kita tidak ada keluarkan nama. Kita hanya keluarkan data sahaja mengenai pesakit.

"Contohnya data yang saya maklumkan adalah kematian dan nombor kes pesakit sahaja," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu laman sesawang yang menggunakan logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pautan Majlis Keselamatan Negara (MKN) didapati mendedahkan butiran penuh pesakit Covid-19.

Pendedahan data itu termasuklah nama penuh dan alamat pesakit sama ada yang positif atau pun negatif sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham menafikan interaktif grafik itu berkaitan KKM malah menegaskan pihaknya tidak membenarkan sama sekali data peribadi pesakit didedahkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di KKM Putrajaya di sini, hari ini.

Pemerhatian mendapati pautan interaktif berkenaan sudah tidak dapat diakses sebaik sahaja sidang media berakhir.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 6:56 PM