KHAIRUL (lima dari kiri) bersama ahli rombongan dan peralatan perubatan pengurusan pesakit COVID-19 yang disumbangkan kepada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. FOTO ADNAN IBRAHIM
KHAIRUL (lima dari kiri) bersama ahli rombongan dan peralatan perubatan pengurusan pesakit COVID-19 yang disumbangkan kepada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. FOTO ADNAN IBRAHIM
Adnan Ibrahim


HOSPITAL Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menerima sumbangan peralatan perubatan disumbang Hospital KPJ Wilayah Selatan hari ini.

Pengurus Besar Hospital Pakar Kluang Utama Khairul Hasanain Abdul Hamid berkata, peralatan perubatan yang diwartakan bagi pengurusan pesakit Covid-19 itu disumbangkan sebagai tanda keprihatinan pihaknya terhadap petugas barisan hadapan HEBHK.

Antara peralatan disumbang ialah ‘oxygen regulator pin index’, ‘stethoscope adult’, ‘stethoscope paediatrics’, ‘thermo scan’ dan apron pakai buang.

“Hospital yang terbabit dalam memberi sumbangan ini ialah Hospital Pakar KPJ Johor, Puteri, Pasir Gudang, Kluang Utama, Batu Pahat, Maharani dan Bandar Datuk Onn.

“Diharapkan, dengan adanya peralatan ini, ia akan semakin meningkatkan semangat petugas barisan hadapan hospital ini dalam usaha merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Khairul Hasanain berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan peralatan berkenaan kepada Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 6:57 PM