X
ISKANDAR Halim menunjukkan roti mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ketika membuat pemantauan ke Pasaraya TESCO @ IOI City Mall di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
ISKANDAR Halim menunjukkan roti mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ketika membuat pemantauan ke Pasaraya TESCO @ IOI City Mall di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Samadi Ahmad


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’ serta topeng penutup mulut dan hidung mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata jumlah mencukupi itu berdasarkan pemantuan dan penguatkuasaan pegawai penguatkuasa KPDNHEP di seluruh negara.

Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan dari orang ramai yang sebelum ini kecewa kerana stok topeng muka habis dipasaran sehingga mencetuskan kebimbangan.

” Sekiranya sebelum ini hanya terdapat sekitar 3 ke 4 peratus bekalan topeng penutup muka, namun hari ini lebih 25 peratus telahdijual di pasaran,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan barangan keperluan di Pasaraya Tesco IOI di Putrajaya, tadi.

Iskandar berkata, penjualan dan stok cecair pembasmi kuman juga semakin meningkat kepada 60 peratus dan kedua barangan itu kini banyak dijual secara dalam talian.

Menurut beliau, berdasarkan tinjauan, harga jualan topeng muka dijualRM1.50 se unit mengikut harga syiling bergantung kepada jenis topeng dan kualiti.

“KPDNHEP sentiasa memantau peniaga yang menjalankan penjualan secara dalam talian supaya tidak menjual dengan harga lebih tinggi seperti ditetapkan.

“Pada masa ini sebanyak 1.1 juta penutup hidung dan mulut dihasilkan sehari pengilang dan selebihnya diimport dari luar,. Dari jumlah itu sebanyak 1 juta diperlukan sehari oleh orang ramai dan 12 juta seminggu bagi kegunaan hospital,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 4:55 PM