ISMAIL memeriksa tanah runtuh di Taman Tunggal Durian Tunggal. FOTO Nazri Abu Bakar
ISMAIL memeriksa tanah runtuh di Taman Tunggal Durian Tunggal. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


DUA kejadian tanah runtuh berlaku di depan dan belakang dua rumah di Durian Tunggal, Melaka, hari ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Durian Tunggal Senator Datuk Ismail Ibrahim berkata, kejadian di rumah di Taman Desa Idaman dikesan pagi ini manakala kejadian di Taman Tunggal dipercayai berlaku petang semalam.

Beliau yang melawat kedua-dua rumah itu mendapati kediaman itu tiada penghuni dan mereka dipercayai berada di kampung serta tidak dapat pulang semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keadaan tanah runtuh agak membimbangkan berikutan ia boleh menyebabkan kejadian lebih teruk ke atas rumah berkenaan dan penghuninya kelak.

“Kami percaya penghuni dua rumah itu kini berada di kampung masing-masing dan tidak boleh meninggalkan penempatan mereka berikutan PKP ketika ini.

“Justeru kami cuba menyelesaikan segera situasi terbabit dan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penghuni berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dibuat hari ini bagi mengenalpasti punca kejadian.

Menurutnya, keadaan cuaca tidak menentu ketika ini termasuk kerap hujan boleh mengundang insiden tidak diingini kepada penghuni di kediaman kawasan berbukit dan tebing tinggi selain terdapat pokok tumbang.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 3:10 PM