DOKTOR dan jururawat Hospital Kuala Lumpur yang ditugaskan merawat pesakit Covid-19. FOTO arkib NSTP
DOKTOR dan jururawat Hospital Kuala Lumpur yang ditugaskan merawat pesakit Covid-19. FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


SEBANYAK 40 peratus hingga 50 peratus daripada pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum ini pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar pesakit yang terpaksa dimasukkan ke ICU kerana memerlukan pemerhatian khusus petugas kesihatan mewakili 4.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi kaedah rawatan semasa dan latar belakang pesakit didapati sekitar 30 peratus individu ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Antara 40 hingga 50 peratus yang berada di ICU berjaya pulih, manakala selebihnya sama ada kembali ke wad biasa atau meninggal dunia ketika rawatan.

Setakat ini, KKM merekodkan kadar kematian 1.6 peratus. Pesakit yang mempunyai risiko kematian adalah yang mempunyai penyakit lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di KKM Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 7:59 PM