KEADAAN terkini di BSI, hari ini.
KEADAAN terkini di BSI, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menafikan rakaman video mendakwa berlakunya rempuhan sekumpulan individu warga tempatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, pada 9 April lalu.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, rakaman video itu adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilakukan pada 18 Disember tahun lalu.

“Kami mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit empat saat menunjukkan sekumpulan lelaki cuba memasuki kawasan bangunan terbabit tular di aplikasi WhatsApp.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 9:14 AM