DR JERIP SUSIL
DR JERIP SUSIL
Melvin Joni


MENTERI Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil bebas dari jangkitan Covid-19.

Menurutnya, ia berdasarkan dua ujian yang dibuat menunjukkan keputusan negatif.

“Saya ingin memaklumkan bahawa dua ujian jangkitan Covid-19 ke atas saya menunjukkan keputusan negatif.

“Ini bermakna saya bebas daripada jangkitan,” katanya dalam muat naik di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu berkata, beliau masih dikuarantin sehingga 21 April ini.

Dr Jerip dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan pada 3 April lalu dan.

Beliau dipercayai dijangkiti daripada seorang pekerjanya yang menghadiri Good News Fellowship Conference Church.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 2:18 PM