PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang dijangkiti Covid-19 kini disahkan sembuh.
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang dijangkiti Covid-19 kini disahkan sembuh.
Mohd Roji Kawi

PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang dijangkiti Covid-19 kini disahkan sembuh.

Aidi yang dihubungi hari ini berkata, selepas diuji negatif beliau kini menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Aidi berkata, beliau berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tetapi saya akan menjalani ujian semula selepas 25 April ini,” katanya.

Pada 7 April lalu, beliau dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.

Ketika Aidi menjalani kuarantin, Timbalannya Datuk Dev Kumar mengetuai polis Sarawak melaksanakan tugas getir menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dev sebelum ini turut menjalani kuarantin di rumah dan kembali bertugas pada 9 April lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 4:15 PM