KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Sabah menguji sampel pengesahan Covid-19 di makmal di Kota Kinabalu.
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Sabah menguji sampel pengesahan Covid-19 di makmal di Kota Kinabalu.


DUA kes baru positif Covid-19 menjadikan Kota Kinabalu kini sebagai zon merah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Datuk Frankie Poon berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 42 kes setakat hari ini.

“Pertambahan ini sekali gus menunjukkan Sabah mempunyai dua zon merah membabitkan Kota Kinabalu dan Tawau.

“Lapan daerah lain kekal sebagai zon hijau tanpa sebarang rekod kes Covid-19,” katanya pada kenyataan di Facebook (FB) beliau hari ini.

Dalam pada itu, Frankie berkata, tiga kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sabah adalah 288 kes.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama beliau menyatakan, 10 individu dilaporkan pulih hari ini dan menjadikan bilangan kumulatif yang pulih kepada 135 orang.

“Keningau mencatatkan pertambahan satu kes menjadikan keseluruhan kes di daerah terbabit kepada 12. Daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Tuaran, Kinabatangan, Penampang, Beaufort, Kunak, Putatan, Kota Belud, Sipitang, Papar, Tambunan, Ranau dan Semporna tiada peningkatan kes.

“Setakat ini, empat kematian direkodkan di negeri ini dengan dua kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Tawau dan Tambunan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 8:58 PM