KEADAAN motosikal mangsa dan Mercedes di tempat kejadian. FOTO Melvin Joni
KEADAAN motosikal mangsa dan Mercedes di tempat kejadian. FOTO Melvin Joni


ANGGOTA Unit Rondaan Bermotosikal (URB) parah selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Rock di Kuching tengah hari ini.

Kejadian berlaku pada 1.15 tengah hari tadi ketika Lans Koperal Syamsudin Mamat, 32, sedang menjalankan tugas rondaan Op COVID-19.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Jalan Laksamana Cheng Ho menghala ke arah pusat bandar raya ini terbabas.

“Kereta terbabit dikatakan masuk ke laluan bertentangan iaitu di sebelah kanan jalan lalu melanggar motosikal seorang anggota URB yang datang dari arah pusat bandar raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ANGGOTA URB cedera parah di kaki selepas dilanggar Mercedes yang terbabas di Jalan Rock, Kuching hari ini. FOTO Melvon Joni
ANGGOTA URB cedera parah di kaki selepas dilanggar Mercedes yang terbabas di Jalan Rock, Kuching hari ini. FOTO Melvon Joni

Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan cedera ringan di tangan kanan, manakala anggota URB terbabit cedera di kaki sebelah kanan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 6:56 PM