Sri Ayu Kartika Amri


SEBANYAK 57,344 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan keseluruhan 5,220 premis diperiksa pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa sama menahan 1,057 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, 906 individu direman manakala 151 lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain itu, 622 individu sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

ISMAIL Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra. FOTO BERNAMA

“Semalam, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 813 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 557,699 kenderaan.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah 12,074 individu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tangkapan sepanjang PKP dibuat mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 4:06 PM