MAKLUMAT yang dikongsi di FB Public Health Malaysia. FOTO Public Health Malaysia
MAKLUMAT yang dikongsi di FB Public Health Malaysia. FOTO Public Health Malaysia
Muhaamad Hafis Nawawi


PERAK, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang adalah negeri yang paling banyak mencatatkan kemajuan dalam memerangi penularan pandemik wabak Covid-19.

Public Health Malaysia dalam satu kenyataannya di Facebook hari ini berkata, empat negeri itu mempunyai peratusan kes aktif yang rendah iaitu antara 9.9 hingga 11.8 peratus.

“Definisi kes aktif ialah kes yang dijangkiti dan masih mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, kes positif di Perak ialah 252 kes dengan 25 kes aktif manakala Kelantan pula 155 kes positif Covid-19 dengan aktif 16 kes aktif.

“Kedah mencatatkan 94 kes positif dan 11 kes aktif. Pulau Pinang mencatatkan kes aktif 14 dengan 119 kes positif,” katanya.

Sementara itu, Sarawak memiliki peratusan pesakit yang masih dirawat tertinggi iaitu 82.4 peratus.

“Selangor pula mencatatkan kes positif tertinggi dengan 1,340 kes positif Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 3:53 PM