ANTARA individu yang ditahan dalam Ops Cegah yang diadakan AADK Kuala Muda, semalam. FOTO IHSAN AADK
ANTARA individu yang ditahan dalam Ops Cegah yang diadakan AADK Kuala Muda, semalam. FOTO IHSAN AADK
Nor Farhani Che Ad


WANITA antara 11 individu yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Kuala Muda di sini, semalam kerana terbabit dengan dadah.

Pada operasi bermula 9 pagi sehingga 10 malam, wanita berusia 38 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki berusia 23 tahun di rumahnya di Flat Paya Nahu di sini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Arnida Ishak berkata, siasatan mendapati, rumah itu dijadikan sarang penagihan dadah dan sering menjadi tumpuan penagih lain.

“Wanita terbabit mengaku mengambil dadah jenis syabu selepas disoal siasat.

“Kesemua suspek dibawa ke pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut,” katanya pada kenyataan hari ini.

Arnida berkata, antara tumpuan operasi ialah Taman Seri Bayu di Sungai Lalang dan Jalan Kenanga di Bandar Amanjaya.

Katanya, kesemua suspek berusia 23 hingga 44 tahun.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati, tujuh daripadanya positif syabu dan morfin manakala empat lagi positif syabu.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 2:51 PM