X
ANGGOTA bomba mengeluarkan lembu yang terperangkap dalam longkang tangki air. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan lembu yang terperangkap dalam longkang tangki air. FOTO ihsan bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


USAHA anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang tangki air di sebuah maahad tahfiz di Jalan Sepintas, Bagan Terap, Sabak Bernam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam Mohd Saufi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.53 malam.

Beliau berkata, sembilan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota menerima panggilan daripada guru maahad tahfiz terbabit memaklumkan seekor lembu terjatuh ke dalam longkang tangki air.

"Anggota kemudian mengeluarkan haiwan itu menggunakan tali. Operasi mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik lembu terbabit gagal dikenal pasti.

Operasi tamat sepenuhnya jam 8.18 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 10:14 AM