KEADAAN Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak terbabas menyebabkan bayi lelaki berusia enam bulan maut. FOTO Ihsan PDRM.
KEADAAN Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak terbabas menyebabkan bayi lelaki berusia enam bulan maut. FOTO Ihsan PDRM.
Noor Hidayah Tanzizi


BAYI lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta dipandu bapanya terbabas di Kilometer 4 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja berdekatan Perkuburan Tanjung Aur, Parit, malam ini.

Dalam kejadian 8.15 malam itu, Afham FaiqAzrul Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala ibu dan bapanya yang masing-masing berusia 29 tahun cedera di badan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mangsa bersama ibu dan bapanya itu menaiki Perodua Myvi dari Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri hendak pulang ke rumah di Seri Iskandar.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit.

"Akibat kemalangan itu, bayi lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu bapanya luka di badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk proses bedah siasat pada malam ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 11:15 PM