ZAMANSARI yang maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan PDRM
ZAMANSARI yang maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli


SEORANG anggota polis yang baru pulang menjalankan tugas Ops Covid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maut dalam kemalangan di Jalan Kedondong, Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

Anggota terbabit, Koperal Zamansari Abd [email protected] Shafii, 50, meninggal dunia di tempat selepas motosikal Yamaha Ego Solariz yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Nerang.

Beliau berkata, ketika kemalangan berlaku, mangsa dikatakan pulang menggunakan laluan Bukit Pinang ke Pokok Sena menuju ke rumahnya.

"Polis percaya kemalangan berlaku seawal pagi selepas mangsa pulang selesai bertugas kira-kira 3 pagi, namun mayatnya hanya ditemui sekitar 7.30 pagi hari ini.

"Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan mangsa terseret hingga ke kanan jalan. Tiada kesan kenderaan lain di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Rozi berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 6:15 PM