ZAMANSARI. FOTO Ihsan PDRM
ZAMANSARI. FOTO Ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli


ANGGOTA polis yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kedondong, Pokok Sena semalam berkemungkinan keletihan selepas selesai menjalankan tugasan Ops Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, anggota terbabit, Koperal Zamansari Abdul [email protected], 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan yang dialami.

Menurutnya, jenazah anggota polis itu sudah dituntut keluarganya selepas urusan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selesai.

Semalam, media melaporkan, Zamansari yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas di Alor Setar selesai bertugas jam 3 pagi dan terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Nerang.

Mayatnya, ditemui jam 7.30 pagi sebelum dihantar ke HSB untuk dibedah siasat.

Berita berkaitan:

  • Temui ajal selepas selesai tugas Ops Covid
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 4:23 PM