PENGERUSI Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Arfi Ahmad (kiri) bersama beberapa pengamal media ketika menerima sumbangan berupa pelitup muka dan daripada wakil TNB dan Petronas di Pusat Jualan Wawasan, Nilai. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PENGERUSI Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Arfi Ahmad (kiri) bersama beberapa pengamal media ketika menerima sumbangan berupa pelitup muka dan daripada wakil TNB dan Petronas di Pusat Jualan Wawasan, Nilai. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

BAGI menghargai petugas media di Negeri Sembilan yang turut menjadi barisan hadapan ketika wabak Covid-19, beberapa syarikat tampil menyumbang pelitup muka dan pensanitasi tangan melalui Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS).

Pengerusi MANIS, Arfi Ahmad berkata, pihaknya berterima kasih kepada beberapa syarikat gergasi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan syarikat GD Holdings Sdn Bhd yang menyumbang kedua-dua keperluan berkenaan.

"Kami menerima 3,500 pelitup dan 500 pensanitasi tangan daripada syarikat ini untuk diagihkan kepada semua pengamal media di negeri ini.

"Sumbangan ini tepat pada masanya kerana kami dianggap petugas barisan hadapan yang melaporkan setiap program terutama berkenaan usaha menghapuskan virus Covid-19 di Negeri Sembilan," katanya selepas menerima sumbangan daripada Petronas dan TNB di Pusat Jualan Wawasan, Nilai, semalam.

Beliau berkata, selain daripada MANIS, Petronas menyumbang lebih 8,000 pelitup muka kepada persatuan media di Sabah, Labuan, Sarawak, dan negeri di wilayah Selatan dan Pantai Timur.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 5:39 PM