ISMAIL Ahmad Gundal menjahit songkok menggunakan kain baldu. FOTO Mohd Rafi Mamat
ISMAIL Ahmad Gundal menjahit songkok menggunakan kain baldu. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


RAMADAN ini suram buat seorang usahawan songkok terkenal di Kuantan selepas premisnya di Jalan Besar tidak dibenarkan beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, Ismail Ahmad Gundal, 60, tetap meneruskan pembuatan songkok warisan keluarga di rumahnya dan berharap dapat menjualnya selepas tamat PKP.

"Jualan songkok Ramadan kali ini tidak serancak sebelum ini kerana saya tidak dapat memasarkannya berikutan premis ditutup dalam jangka masa panjang. Tahun ini menjadi sejarah hitam sepanjang terbabit dalam perniagaan ini.

"Saya reda dengan apa yang berlaku kali ini, mungkin rezeki saya tahun ini tidak sehebat sebelum ini apabila menerima banyak tempahan songkok. Apabila PKP tamat nanti, saya akan bawa 200 songkok yang dihasilkan ke premis dengan harapan ada pelanggan datang membelinya secara berperingkat," katanya.

Beliau yang berpengalaman lebih 40 tahun menghasilkan songkok berkata, dia antara

pengusaha songkok tradisional yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.

"Saya tidak bercadang menjalankan perniagaan dalam talian berikutan beberapa faktor

terutama membabitkan ukur lilit kepala pelanggan yang tidak sama.

"Saya sentiasa menitikberatkan keselesaan pelanggan, bagi memastikan setiap songkok yang dihasilkan secara kemas dan halus," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 8:07 PM