Norzamira Che Noh


SITUASI jangkitan Covid-19 di Selangor dalam keadaan terkawal dan mengalami kadar turun naik kes tidak terlalu tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini jumlah kes baharu di negeri itu berada pada dua angka atau satu angka.

"Walaupun kenaikan tidak terlalu tinggi, kerajaan negeri mengambil langkah sebetulnya untuk mengelakkan sebarang kluster atau sub kluster baharu.

"Ketika ini, kami sedang meneliti keadaan di pasar ekoran ia dikesan menjadi sub kluster kepada Pasar Borong Kuala Lumpur seperti Pasar Taman Megah, Pasar Jalan Othman serta Pasar Tanjong Karang.

"Jika ditanya adakah Covid-19 di Selangor terkawal? Ya, ia dalam keadaan terkawal, cuma kita perlu terus mengamalkan penjarakan sosial serta penjagaan kesihatan seperti sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Petugas Barisan Hadapan dan Pusat Kuarantin Covid-19 di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam, hari ini.

Gambar fail NSTP.
Gambar fail NSTP.

Sementara itu, Amirudin berkata, aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) yang diperkenalkan pada Isnin lalu untuk mengesan kontak Covid-19 sudah merekodkan 148,432 pengguna sehingga semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri berbesar hati apabila syarikat besar dan antarabangsa turut menggunakan aplikasi itu di premis masing-masing.

"Kesediaan syarikat besar menggunakan SElangkah menunjukkan sistem ini mendapat kepercayaan pelbagai pihak," katanya.

Kerajaan negeri memperkenalkan SELangkah iaitu sistem pendaftaran keluar masuk individu ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan bagi menjejak jangkitan virus Covid-19.

Pemilik premis diminta mencetak dan mempamer kod QR di tempat perniagaan masing-masing melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my manakala pelanggan pula perlu mengimbas kod QR itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 3:11 PM
    PETUGAS kesihatan melakukan pemeriksaan saringan COVID-19 terhadap orang awam yang berkunjung ke Pasar Jalan Othman pada 4 April hingga 18 April lalu selepas terdapat peniaga didapati positif wabak Covid-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ketika tinjauan saringan di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya. FOTO Aizuddin Saad
    PETUGAS kesihatan melakukan pemeriksaan saringan COVID-19 terhadap orang awam yang berkunjung ke Pasar Jalan Othman pada 4 April hingga 18 April lalu selepas terdapat peniaga didapati positif wabak Covid-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ketika tinjauan saringan di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya. FOTO Aizuddin Saad