Saipul Adli Mohamad dan Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

TAHAP pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya terhadap kes harian jangkitan Covid-19.

"Kita boleh unjurkan ramalan dalam tempoh dua minggu dan juga empat minggu akan datang. Kalau patuh kita boleh kurangkan kes tetapi kalau tak patuh kes akan meningkat secara mendadak.

"Jika nilai 'R naught' (R0) atau kebolehjangkitan Covid-19 melebihi 1.6 (selepas 18 Mei), ia amaran untuk mengambil tindakan lebih drastik sama ada kembali kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

MASYARAKAT perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM menentu sama ada PKPB disambung atau tidak. FOTO Aizuddin Saad
MASYARAKAT perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM menentu sama ada PKPB disambung atau tidak. FOTO Aizuddin Saad

Noor Hisham berkata, pihaknya masih memantau nilai R0 bagi tempoh PKPB.

Katanya, keputusan akan bergantung pada jumlah kes harian daripada semasa ke semasa.

Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat supaya mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 7:09 PM