X
IZHAM ISMAIL
IZHAM ISMAIL
Sri Ayu Kartika Amri


MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) membuat penerbangan ke Melbourne, Australia, Jumaat lalu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, dengan keadaan semasa global yang sukar, pihaknya komited membantu rakyat Malaysia yang terkandas bagi menyatukan semula mereka bersama keluarga.

"Dalam situasi sukar sekarang, kami tetap teguh memberi komitmen memikul tanggungjawab kami sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia dan berdiri di barisan depan memainkan peranan penting untuk negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penerbangan MH148 itu berlepas pada 15 Mei lalu pada 9.16 malam sedikit lewat berikutan kegagalan elektrik di Lapangan Terbang Melbourne.

Penerbangan terbabit membawa seramai 143 penumpang terdiri daripada pelajar Malaysia, pelancong dan warga tua.

Dikendalikan oleh pesawat Airbus A330-300, penerbangan itu tiba di KLIA pada 5.49 pagi semalam.

Selain itu, Malaysia Airlines juga sudah beroperasi dengan membawa lebih banyak kargo ke pelbagai destinasi yang membawa barang keperluan berharga serta bekalan perubatan yang digunakan untuk memerangi wabak Covid-19.

Pada 14 Mei lalu, syarikat penerbangan itu dengan penerbangan MH149 turut membawa 35 pesawat mengandungi 35 tan surat dan sarung tangan perubatan dari Kuala Lumpur ke Melbourne.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 4:23 PM