Mohd Khairiel Mohd Arif (kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Sarjan Mejar Jamari Idris ketika melawat anggota berkenaan di Kuarters IPD Jempol.
Mohd Khairiel Mohd Arif (kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Sarjan Mejar Jamari Idris ketika melawat anggota berkenaan di Kuarters IPD Jempol.
Abnor Hamizam Abd Manap


TIGA anggota polis mengalami masalah kesihatan menerima sumbangan Aidilfitri dan barangan keperluan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, hari ini.

Sumbangan disampaikan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif yang melawat ketiga-tiga anggota berkenaan yang ditinggal di Kuarters Polis IPD Jempol.

Sarjan Mejar Jamari Idris, 59, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah menghidap angin ahmar sejak beberapa bulan lalu gembira dengan lawatan daripada KPD mereka.

"Saya terharu kerana masih diingati biarpun terlantar sakit dan gembira kerana menerima ziarah daripada pengurusan IPD.

"Lawatan sebegini sangat bermakna kepada saya kerana memberi semangat untuk kembali sihat dan jika diizinkan mahu bertugas kembali menyarung pakaian seragam polis," katanya yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dan masih berbaki perkhidmatan selama setahun.

Turut dilawati dua lagi anggota iaitu Koperal Abd Aziz Hussan, 59, yang bertugas di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan Sarjan Abd Aziz [email protected], 58, bertugas di Balai Polis Bahau.

Lawatan turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 6:55 PM