GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Oleh Saipul Adli Mohamad; Raja Noraina Raja Rahim dan Redzuan Muharam


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki positif Covid-19 di Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dikesan positif virus itu hasil ujian saringan dilakukan terhadapnya.

"Kes itu masih dalam siasatan dan kita sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut.

"Fokus siasatan ketika ini adalah mengesan ahli keluarga dan kontak rapat beliau. Ia akan mengambil masa," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 5:50 PM