KEADAAN di lokasi kebakaran tangki minyak berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN di lokasi kebakaran tangki minyak berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Khidir Zakaria


TINDAKAN pantas bomba membuat membuat pemindahan minyak berjaya mengawal kebakaran tangki minyak di Kampung Paya Port Dickson, Port Dickson, daripada merebak ke tangki minyak bersebelahan, semalam.

Komander Operasi, Pengarah Bahagian Operasi Putrajaya, Nor Hisham Mohammad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.15 petang.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan tangki minyak Hengyuan Refining Company Berhad, PD, di Jalan Kampung Paya di Port Dickson.

Katanya, ia membabitkan 63,000 liter minyak.

"Tindakan awal bagi operasi ini adalah dengan kaedah 'cooling' pada tangki bersebelahan sebelum pemindahan minyak ke tangki lain," katanya.

Beliau berkata, operasi masih diteruskan pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 9:24 AM