Isma Ismail dan Yusmizal Dolah Aling


BELUM ada sebarang kes positif Covid-19 di penjara di negara ini biarpun ia turut dihuni warga asing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima kes membabitkan banduan di penjara sama ada tempatan atau bukan warga negara.

"Kita tidak ada laporan kes positif Covid-19 dalam kalangan penghuni penjara walaupun mereka terdiri daripada warga asing.

"Mungkin mereka dipenjara lebih awal, iaitu sebelum penularan wabak ini, jadi tidak timbul isu setakat ini," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

ISMAIL Sabri ketika sidang media harian PKPB. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri ketika sidang media harian PKPB. FOTO Bernama

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ujian swab terhadap 114 pegawai Imigresen dan petugas di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil disahkan negatif.

"Saringan juga sedang dilakukan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih. Jadi setakat ini tidak ada isu lagi ada dalam kalangan positif terpaksa dihantar ke hospital dan sebagainya untuk dirawat yang memerlukan penggantian petugas di situ.

"Setakat ini ok, tidak ada isu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 3:40 PM